Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dimarah ibu main telefon, gadis 13 tahun maut terjun dari tingkat 6


Gara-gara dimarahi ibunya akibat main telefon bimbit, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkap dapur rumah di tingkat enam sebuah pangsapuri di kawasan Puchong Utama, malam tadi.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata berkata pihaknya telah menjumpai sebuah nota tulisan tangan yang dipercayai milik mangsa yang menunjukkan ingin membunuh diri selepas tertekan menerima layanan daripada keluarganya.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya, telah menerima panggilan telefon dari orang awam pada pukul 11.21 malam semalam mengenai kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah, mangsa telah terjatuh dari tingkap dapur rumah dan telah meninggal di tempat kejadian.


“Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik itu dikatakan telah dimarahi ibunya kerana bermain telefon bimbit tanpa kebenaran dan sering keluar malam,” katanya.

Difahamkan, kes tersebut disiasat dibawah Laporan Mati Mengejut (SDR) oleh Ketua Polis Balai Bukit Puchong, Inspektor Elias Lamuie.

Bukan itu sahaja, bedah siasat akan dijalankan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Serdang hari ini selepas lawatan dan pemeriksaan daripada patologi forensik di tempat kejadian.


Sumber: Kosmo (Nurul Izzati Zaini)