Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zahid Dibebaskan Mahkamah: Pendakwaan fail petisyen rayuan


KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan pusat sehenti, 23 September lalu.

Presiden UMNO itu dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem VLN dan pusat sehenti di China.

Menurut sumber, petisyen itu menyenaraikan 15 alasan mengapa Mahkamah Rayuan perlu membatalkan pembebasan Ahmad Zahid itu dan mengarahkannya untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan.

Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk kali kedua selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menerajui kerajaan perpaduan susulan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan selepas pihak pendakwaan menerima rekod rayuan daripada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, minggu lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Januari depan sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.

-BuletinTV3