Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tanah Runtuh: Syarikat kendali tapak perkhemahan beroperasi tanpa lesen -Menteri


HULU SELANGOR: Syarikat yang mengendalikan tiga tapak perkhemahan yang mengalami kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.

"Tiada lesen diberikan oleh Majlis Bandaraya Hulu Selangor dan ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 113 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

"Syarikat itu hanya ada kebenaran merancang bangunkan kebun organik dan tiada permohonan dibuat untuk aktiviti perkhemahan," katanya dalam kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan tapak perkhemahan selama tujuh hari di seluruh negara.


"Arahan telah dikeluarkan pagi tadi kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup seluruh tapak perkhemahan selama tujuh hari berkuat-kuasa serta merta.

"Saya tidak mahu lagi melihat kejadian ini berlaku jadi tapak perkhemahan di air terjun, lereng bukit dan kawasan berisko akan dikosongkan sehingga Kerajaan berikan arahan baharu," ujarnya.

Dalam pada itu, Kor Ming maklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin tentang kejadian tersebut dan akan turun ke lokasi selepas jam 8 malam ini.

-Sinar