Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya agak dapat KDN" -Mat Sabu


KULIM: Mohamad Sabu tidak menyangka akan diberikan kepercayaan untuk menerajui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan pada mulanya menyangka pengagihan jawatan kabinet kali ini akan melingkari peranan dari kementerian yang sama.

“Sebelum ini saya di (Kementerian) Pertahanan. Saya agak KDN (Kementerian Dalam Negeri).”

“Kementerian ini satu benda baru. Saya akan dengar taklimat dari pegawai kementerian dan barulah saya boleh buat sebarang perancangan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memikirkan secara menyeluruh dalam soal pelantikan jemaah menteri.


Beliau percaya wakil dari Amanah akan diberikan peranan bagi memenuhi lantikan lain.

“Kita terpaksa memikul kerja dengan lebih baik meskipun komposisi kabinet lebih kecil kali ini.”

“Ini baru di peringkat menteri. Ia akan disusuli pelantikan timbalan menteri dan pelantikan lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Pengumuman Khas Parlimen Padang Serai, di Padang Meiha, malam tadi.

-BuletinTV3