Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

RM600 Billion: Tengku Zafrul akan beri kerjasama penuh kepada SPRM




Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata, tidak ada sebarang yang mahu disembunyikannya daripada pihak berkuasa berhubung isu dana bernilai RM600 bilion dikendalikan kerajaan terdahulu.

Menjanjikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dia berkata setakat ini dia masih belum dihubungi agensi berkenaan untuk diambil keterangannya.

"Setakat ini tak ada panggilan daripada SPRM. Kalau dapat panggilan sudah tentu saya akan bekerjasama. 

"Tak ada benda yang kita nak sembunyikan," katanya di Kuala Lumpur.

Dia yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam dua kerajaan berbeza sebelum ini dikaitkan dengan isu dana yang mungkin disalah guna PN ketika pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Semalam portal berita The Vibes yang memetik sumber melaporkan, Tengku Zafrul dijangka dipanggil SPRM yang menyiasat cara dana berkenaan diuruskan.

Selain senator terbabit, dua nama lain yang dipetik laporan berkenaan ialah Muhyiddin sendiri, serta bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lebih lanjut, Tengku Zafrul beerkata, apa yang lebih penting ditekankan ialah pihaknya tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan isu berkenaan.


"Sudah tentu kami lebih daripada bersedia (untuk bekerjasama) jika saya mendapat panggilan (SPRM)," katanya.

Muhyiddin sebelum ini sudah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kesediaannya disiasat.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti isu dana berkenaan dan beberapa kemungkinan penyelewengan yang berlaku.

-MalaysiaKini