Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syarat yang diletakkan BN boleh diterima akal -Anwar


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada syarat yang tidak masuk akal diletakkan oleh BN dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, perbincangan awal bersama kepimpinan BN hanya menyentuh mengenai kepentingan menubuhkan kerajaan yang stabil.

Pimpinan PH dan BN telah mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific, kira-kira jam 10 pagi ini, bagaimanapun perincian pertemuan itu tidak didedahkan.


Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid menafikan BN berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Dalam perkembangan terbaharu itu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, tiada sebarang perundingan dilakukan dengan PN setakat ini, yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

-Sinar