Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hentikan pertikaian perlantikan Anwar sebagai PM -Annuar Musa


PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan sesetengah pihak mempertikai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak wajar.

Beliau berpandangan, proses pelantikan telah selesai dan kuasa melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat adalah kuasa mutlak Seri Paduka..

“Tumpuan kini haruslah untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu menunaikan tugas dan berkhidmat untuk rakyat dan negara.

“Dalam keadaan sekarang,yang diperlukan bukan saja perpaduan nasional tetapi juga rekonsiliasi nasional.


“Hentikan pertikaian, perkasakan muafakat dan kerjasama,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mendoakan agar semua 221 orang ahli Parlimen yang telah terpilih menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

“Semoga Parlimen Malaysia menjadi tempat suburnya amalan demokrasi berparlimen negara kita dengan nilai dan etika anggotanya yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. 

– UTUSAN