Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gabungan Kerajaan: Najib pesan ambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang menang PRU15


Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rundingan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan perlu mengambil kira kepentingan jangka panjang UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata anaknya Nooryana Najwa.

Nooryana berkata dalam satu hantaran di Facebook, pesanan itu disampaikan semasa satu pertemuan keluarga bersama Najib pada pagi Ahad, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.

"Rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU15.


"Datuk Seri Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN. Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula," katanya.

Ketika ini, Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 73 ahli parlimen sedang berusaha membentuk gabungan bersama beberapa parti bagi membentuk kerajaan baharu.

Selain PN, Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai 82 kerusi juga sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan bersama parti-parti lain.

-Awani