Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Suami bunuh diri dilanggar keretapi, wasiat isteri bayarkan hutang


SUBANG: Seorang suami tidak berhati perut apabila mengambil keputusan bunuh diri dan isterinya pula terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah 3.5 juta rupiah (RM1,063). 

Lapor Kompas.com, Edi Siswanto tidak berfikir panjang kerana sanggup membiarkan dirinya dilanggar kereta api di stesen Pagaden Baru, Subang, Jawa Barat, Ahad lalu. 

Penduduk di Kampung Soklat mendakwa mangsa bunuh diri kerana terjerat dengan hutang. 


Ketua Polis Pagaden, Senen Ali berkata, mangsa menuju ke landasan kereta api itu dengan menaiki kenderaan Suzuki Pickup T8552AH. 

“Maklumat dari saksi mengatakan mangsa keluar dari bilik air dan duduk di kerusi stesen kereta api tersebut. 

“Ketika kereta api dalam perjalanan dari Jakarta ke Pasar Turi Surabaya melalui laluan di stesen berkenaan, lelaki itu sengaja berlari ke landasan sebelum dilanggar,” katanya. 

Senen berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Subang dan pihaknya turut menemukan sebuah wasiat di dalam kenderaan yang dinaiki mangsa. 

Kita mengesyaki mangsa terdesak bunuh diri akibat hutang dan meninggalkan pesanan kepada isterinya supaya melangsaikan hutang 3.5 juta rupiah itu,” katanya.