Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Sejak hari pertama, saya elak terpengaruh dengan pandangan dari luar' ujar Hakim kes Zahid


SHAH ALAM : Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Yazid Mustafa mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan komen luar sejak hari pertama mengendalikan prosiding kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Menurut Hakim Mohd. Yazid, beliau mengingatkan diri sendiri untuk berhati-hati di dalam membuat keputusan itu setelah meneliti keseluruhan bukti dan hujahan.

“Dalam membuat keputusan ini, saya mengingatkan diri sendiri bahawa saya sampai kepada keputusan ini selepas meneliti keseluruhan bukti pendakwaan dengan berhati-hati dan menimbangkan hujahan kedua-dua belah pihak.


“Sejak hari pertama, saya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan komen dan pandangan orang awam yang dibuat di luar sana.

“Ia adalah kewajipan saya untuk menegakkan keadilan,” katanya sebelum mengakhiri penghakiman di sini hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu. 

–UTUSAN