Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bayi lahir kurang 24jam ditinggalkan di tengah jalanraya gelap

 

KENINGAU - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan di tengah jalan raya, pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bayi perempuan terbabit berbalut dengan kain ketika ditemui oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Kampung Korikot Tambunan di sini.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pengadu iaitu seorang lelaki berusia 40-an.


"Pengadu memaklumkan, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan terdapat seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan kurang dari 24 jam ditemukan di atas jalan raya.

"Pengadu terkejut dan terus mengangkat bayi cukup sifat itu masuk ke dalam kereta serta membawanya ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan sekali gus rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata Nor Rafidah, bayi itu kini dalam keadaan stabil dan sudah mendapat rawatan.

Tambah beliau, kes masih disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 016-4486747.

-SinarHarian