Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nancy Pelosi selamat mendarat di Taiwan, diiringi 20 pesawat pejuang


KUALA LUMPUR : Pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), yang membawa Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dan delegasinya selamat mendarat di Lapangan Terbang Shongshan, Taipei, Taiwan pada jam 10.43 malam.

Terdahulu pesawat itu berlepas dari Malaysia dan menuju ke Taiwan bagi meneruskan siri lawatan seterusnya yang menjadi tumpuan dunia berikutan mencetuskan ketegangan antara AS dan China.

Pesawat itu menjadi penerbangan yang paling dijejaki menerusi laman web pengesan penerbangan, Flightradar24 pada hari ini.




Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura sebelum beliau dijadual ke Korea Selatan dan Jepun.


Setakat ini, beberapa figura penting dilaporkan telah bersedia di Lapangan Terbang Songshan bagi menyambut ketibaan Pelosi dan delegasinya.

Penerbangan itu juga diiringi sebanyak 20 pesawat pejuang AS dan Taiwan sebaik sahaja ia memasuki ruang udara Taiwan.


China sebelum ini memberi amaran bahawa Taiwan akan menerima akibat yang serius jika menerima lawatan Speaker AS tersebut.

Viral di pelbagai applikasi media sosial menunjukkan tentera China mempersiapkan bala tentera mereka yang didakwa untuk menyerang negara kepulauan tersebut.

China mendakwa lawatan tersebut mencerminkan sikap AS tidak menghormati polisi One-China memandangkan Taiwan masih di bawah pemerintahannya, biarpun wilayah itu telah ditadbir secara demokrasi.

-Awani