Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahu elak seks, wanita 23 tahun ditahan buat laporan palsu dirogol


PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan kerana membuat laporan palsu dirogol selepas enggan melayan permintaan melakukan hubungan seks bersama lelaki yang sebelum ini ditidurinya secara suka sama suka.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, berkata wanita berusia 23 tahun itu ditahan polis kira-kira 4 petang tadi, selepas disyaki memberikan maklumat palsu ketika hadir membuat laporan polis, semalam.

“Selepas membuat laporan polis malam tadi (semalam), siasatan lanjut dibuat polis hari ini dengan membawa dia ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan, selain ke lokasi kejadian yang didakwa serta menyiasat lelaki didakwa merogolnya.

“Lelaki berusia 21 tahun itu tidak mengaku dia ada merogol wanita itu, sebaliknya memaklumkan mereka melakukan hubungan intim secara suka sama suka.


“Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan polis dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan intim lagi, tetapi dia tidak mahu, jadi dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan awal, pihaknya menilai tiada unsur kejadian rogol, selain tiada insiden paksaan atau tanpa kerelaan dikesan.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada polis.

-FMT