Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Beri peluang sepatutnya, justice hurried is justice burried' -Tok Mat


KENYATAAN RASMI:

Sekali pun kecewa dan terkilan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang diberikan semalam, UMNO menghormati penghakiman yang menolak permohonan Dato Sri Najib bagi memasukkan beberapa keterangan (bukti) bagi membuktikan wujud potensi berlakunya konflik kepentingan melibatkan Y.A. Nazlan, hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini.

Dalam permohonan tersebut, telah dihujahkan secara mendalam dan kukuh bahawa segala keterangan baharu yang hendak dimasukkan tersebut akan menunjukkan dengan jelas bahawa wujud pengetahuan dan / atau penglibatan Y.A. Nazlan dalam kes berkaitan SRC/1MDB, yang sekali gus menyebabkan kebebasan beliau sebagai hakim, berpotensi untuk tergugat.

UMNO dan semua pihak di negara ini, mahukan kebenaran dan keadilan diangkat dengan selayaknya. Berbekalkan pendirian ini, UMNO berpandangan bahawa segala ruang dan peluang yang ada sepatutnya dipertimbangkan dan tidak diketepikan atas alasan teknikal. Terutamanya dalam kes besar seperti ini yang melibatkan pelbagai isu yang rumit, dokumen yang bertimbun-timbun, saksi yang ramai serta kewujudan ruang / potensi konflik kepentingan.

Sekali pun UMNO bersetuju dan menghormati maksim undang-undang bahawa, justice delayed is justice denied, UMNO turut memandang berat penegasan maksim yang menyatakan bahawa justice hurried is justice buried. 


Biar apa pun pandangan dan pendirian parti ini, keyakinan kami terhadap institusi kehakiman negara tidak pernah pudar. Kami yakin dan percaya bahawa organ penting negara ini akan melunaskan tanggungjawabnya pada tanahair dengan sebaik-baiknya. 

Kami memanjangkan sokongan dan doa yang tidak putus-putus kepada Dato Sri Najib. Semoga segalanya dipermudah dan kebenaran serta keadilan akan tertegak.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO