Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tular rakaman detik gelongsor air Taman Tema runtuh, 16 parah


SURABAYA:  Tular seramai 16 mangsa cedera parah dalam insiden runtuhan papan gelongsor air berketinggian 10 meter di sebuah taman tema yang dipercayai terletak di Surabaya, Jawa Timur di Indonesia.

Menurut data petugas Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya, hampir kesemua 16 mangsa terdiri daripada kanak-kanak.

Ketua BPBD Kota Surabaya Ridwan Mubarun berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 1.30 petang Sabtu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian bermula apabila sambungan papan gelongsor air yang digunakan itu tiba-tiba runtuh ketika pengunjung bermain di atasnya.

Kami percaya punca komponen gelongsor itu runtuh disebabkan oleh strukturnya sudah uzur.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Soewandhie dan Hospital Soetomo.


“Lokasi tersebut ditutup serta-merta terutama kawasan taman air bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh sumber @sumeksco pula, pengunjung masing-masing panik di saat melihat gelongsor itu runtuh sekelip mata.

Beberapa mangsa turut dilihat terbaring dengan luka-luka di muka dan dibawa beredar dari situ untuk mendapatkan rawatan lanjut.







-YoyNetwork