Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis siasat anak Ahli Parlimen, kes belasah kawan lama


Melaka: Berpunca perselisihan faham, anak kepada seorang ahli Parlimen di negeri ini didakwa bertindak menumbuk kenalan lamanya di sebuah rumah di Pernu di sini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam, 2 Mei lalu, selepas lelaki itu menghubungi mangsa berusia 49 tahun dan meminta lelaki datang ke rumahnya.

Sumber, perselisihan faham berlaku selepas mangsa dituduh bersikap kurang ajar terhadap ibu suspek ketika berada di kedai ikan bakar di Umbai di sini, sebelum itu.

"Ketika sampai di rumah berkenaan, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek menumbuk kepala mangsa.

"Malah suspek turut dikatakan menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung selain meludah muka mangsa," katanya.

Difahamkan mangsa ada meminta untuk bertemu ibu suspek bagi mengetahui perkara sebenar namun dihalau keluar dari kediaman itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi tadi mengesahkan menerima laporan dibuat pengadu pada 6 Mei lalu di Balai Polis Kandang di sini.


Katanya, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Setakat ini polis sudah selesai merakam keterangan individu terbabit. Kedua-dua mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Namun saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

-HarianMetro