Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelajar tingkatan 4 meninggal dunia ketika larian rentas desa


MARANG - Seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa di persimpangan Kampung Asing, di sini, pada Selasa.

Mangsa, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas sejurus selepas dibawa ke Klinik Pengkalan Berangan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sebelum kejadian, mangsa menjalani latihan penyesuaian 'track' merentas desa pada jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas.

"Guru berkenaan bersama rakan setugas di tempat kejadian telah membawa pelajar tersebut ke Klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun doktor bertugas mengesahkan pelajar berkenaan telah meninggal dunia pada jam 9.05 pagi," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pelajar berkenaan dikatakan, tersadung kaki secara tiba-tiba ketika latihan menyebabkan mangsa terjatuh.

"Beberapa individu di lokasi kejadian cuba membantu mangsa dengan mengangkat dan memberikan bantuan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

"Selepas beberapa minit, mangsa dikatakan mengalami masalah pernafasan dengan bernafas secara perlahan sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan," katanya.

-SinarHarian