Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Debat Najib Anwar: Tahap intelek penyokong Anwar dipersoal


Kecewa saya dengan tahap intelek penyokong PH semasa berakhirnya debat antara bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dalam banyak-banyak 'point' yang DS Najib Razak tekankan dalam debat semalam, penyokong Anwar hanya nampak bab "kek".

Apa yang pelik dengan analogi kek ini sehingga mereka mahu 'troll'? 

Analogi ini dipetik dari Allahyarham Tun Razak dimana beliau gambarkan ekonomi ni ibarat kek. 

Ia perlu dibesarkan dengan cara tingkatkan pelaburan, tambah rizab negara, jangan jual aset negara, cari sumber pendapatan baru dan sebagainya.

Selepas kek ini sudah besar dan mantap, baru boleh diagih-agihkan kembali kepada rakyat. 

Zaman Pakatan Harapan bukan saja kek ekonomi semakin kecil, ketuhar pun mereka jual kata Dato Seri Najib. 

Inilah solusi dan polisi ekonomi yang dicadangkan oleh DS Najib malah ia sudah pun terbukti berjaya semasa pemerintahan beliau selama 9 tahun. 

Berlainan dengan Dato Seri Anwar, beliau guna semula analogi kek ekonomi ini dengan memberi persepsi bahawa dalam kek ini pemimpin yang diatas makan berbillion, rakyat dibawah tak dapat apa-apa. 


Apa yang mengecewakan, solusi langsung Anwar tak bagi, penyokong pula bangga troll istilah kek ekonomi ini.

Anwar masih pemimpin yang disegani tapi kena akui, beliau sudah 'losing his touch'.

Maka, tak hairanlah kenapa PKR kalah teruk dalam PRN Melaka dan Johor tempoh hari.

Tulisan: Rf Lias