Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

500kg serbuk kokain tersalah hantar ke kilang proses kopi


Polis Switzerland merampas kira-kira 500kg dadah jenis kokain selepas ia tersilap dihantar ke sebuah kilang memproses kopi.

Ujian awal yang dibuat mendapati dadah tersebut adalah 80 peratus asli dan dianggarkan bernilai kira-kira RM 221 juta.

Menurut laporan The Guardian, kejadian berkenaan disedari oleh pekerja-pekerja kilang kopi yang beroperasi di Bern itu selepas curiga dengan kandungan serbuk putik yang diisi di dalam guni dan diletak bersama-sama dengan biji kopi.

Kumpulan pekerja itu kemudiannya menghubungi pihak polis dan memaklumkan mengenai kandungan serbuk putih yang mencurigakan tersebut.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa mengesahkan ia merupakan dadah jenis kokain dan dadah berkenaan dikesan disembunyikan dalam lima buah kontena yang dihantar ke kilang tersebut.


Pihak polis telah meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi kilang berkenaan bagi membolehkan siasatan terperinci dapat dijalankan. 

Siasatan awal mendapati dadah berkenaan berkemungkinan berasal dari Brazil dan dirancang untuk dipasarkan di Eropah.

Sementara itu, pihak kilang dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa tiada produk kopi yang diproses di kilang tersebut tercemar dengan dadah berkenaan.

-TheGuardian