Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tim Leissner mengaku di mahkamah merasuah suami Zeti



Dalam prosiding mahkamah Brooklyn di New York semalam, Bekas Ketua Operasi Asia Tenggara Goldman Scahs, Tim Leissner telah beri keterangan dan mengakui merasuah Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia ,Zeti Aktar Aziz. 

Leissner menjadi menjadi saksi utama dalam perbicaraan jenayah bersubahat membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng, yang juga bekas rakan kongsinya.

Terbaru, Leissner menceritakan bagaimana Bank Negara boleh luluskan transaksi $1 bilion duit 1MDB dan dipindahkan dalam masa satu malam.

Leissner sebelum ini didapati bersalah kerana mengaku merasuah beberapa pegawai 1MDB dan kerajaan Malaysia. Goldman Sachs telah membayar penalti kepada kerajaan Malaysia sebanyak USD3.9 billion sebagai penyelesaian dalam kes ini.

Menurutnya, tiada kelulusan boleh diluluskan sepantas itu dengan Bank Negara. 

"It had been done because the husband of the then Governor Zeti of Bank Negara had received a bribe to make that happen"



Perlu diingat duit 1MDB dicuri melalui syrkat-syarikat yang antaranya dimiliki oleh suami Zeti.

Ini konsisten dengan hujah pembelaan Najib Razak yang memberitahu ada kumpulan konspirasi yang sebenar mencuri daripada 1MDB.


Berikut adalah petikan transkrip mahkamah rasmi perbicaraan Goldman Sach (GS) yang berlangsung malam tadi ketika Tim Leissner memberi keterangan.

1. Rupa-rupanya rasuah yang ditawarkan oleh GS kepada Najib adalah untuk mendapatkan pekerjaan bagi anak-anak Najib di GS selepas Najib mengatakan bahawa GS adalah tempat yang baik untuk anak-anaknya bekerja. Bagaimanapun perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali dan tidak ada seorang pun anak Najib yang pernah bekerja di GS.

Tidak terdapat bukti langsung atau sebarang petunjuk dari keterangan Tim Leissner bahawa Najib terlibat dalam merancang penipuan bersama GS atau Jho Low.

2. Tim Leissner juga memberitahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan kelulusan terpantas dalam sejarah untuk kelulusan pertama AS$1 bilion daripada bon RM5b 1MDB yang dipindahkan kepada PetroSaudi dan Goodstar Jho Low kerana suami Zeti telah dirasuah! 

Dan sememangnya benar bahawa syarikat suami dan anak-anak Zeti menerima wang daripada Jho Low seminggu sebelum bon itu dikeluarkan dan juga dibayar lebih banyak wang oleh Jho Low serta-merta pada keesokan harinya selepas Jho Low membalikkan bon dan mengaut keuntungan atas angin bernilai ratusan juta ringgit. 

Dan bagaimana mungkin Tommy Thomas dan pasukan pendakwaraya dalam kes perbicaraan DSN, tidak mengetahui perkara ini dan tidak mendedahkan perkara ini kepada peguam DSN yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk membela Najib dalam kedua-dua perbicaraan SRC dan 1MDB?