Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tanah runtuh lagi, penduduk pangsapuri dekat Selayang dipindahkan



Sejumlah penduduk di Apartmen Teratai di Bandar Baru Selayang, Selangor telah dipindahkan ekoran tanah runtuh.

Ini merupakan pangsapuri keempat di Lembah Klang yang ditimpa tanah runtuh dalam tempoh dua minggu, di tengah musim hujan pada masa ini.

Majlis Perbandaran Selayang mendapati struktur tidak selamat selepas keretakan berlaku akibat tanah runtuh pada 18 Disember lalu.

Melawat lokasi itu pada 30 Disember, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kos membaik pulih dianggarkan kira-kira RM1.5 juta, menurut Sinar Harian.

Pada 26 Disember lalu, penduduk di Sri Duta 1 di Kuala Lumpur dilaporkan dipindahkan selepas tanah runtuh di tapak beberapa blok bangunannya.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim turut mendedahkan yang penduduk di Kondominium Bangsar Indah di Kuala Lumpur dipindahkan sementara ekoran masalah sama.

Pada 21 Disember lalu, penduduk di Apartmen Indahria di Shah Alam turut dipindahkan selepas struktur binaan menjadi tidak selamat kesan daripada banjir.

Banjir melanda banyak negeri di Malaysia, terutama Selangor dan Pahang, bulan lalu.

Di kawasan rendah, air banjir mengambil masa beberapa hari untuk surut, menyebabkan sesetengah penduduk terkandas di bumbung rumah.

Hujan juga menyebabkan tanah runtuh di sejumlah kawasan.

Pada jam 6.30 pagi ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca berbahaya di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran cuaca berbahaya menandakan janhkaan hujan lebih 240mm dalam sehari.

Cuaca buruk turut dijangka di sejumlah kawasan di Pahang, Melaka dan Johor.