Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Siasatan selesai, SC tak pasti sama ada Azam Baki bersalah



PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak dapat memuktamadkan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki melanggar  peruntukan undang-undang berkaitan dengan pemilikan saham.

Katanya, ini berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan menerusi Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“SC telah menyelesaikan siasatan dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, selaku pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia SC ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA 1991.

Sehubungan itu, SC bertanggungjawab menyiasat isu Azam sama ada terdapat potensi pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA 1991.

“Seksyen 25(4) SICDA memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa,” katanya.

-UTUSAN ONLINE