Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KKM kaji keperluan dos ke 4 bagi penerima Sinovac



Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementerian sedang mengkaji keperluan penerima vaksin Sinovac yang diberikan suntikan dos penggalak Pfizer untuk suntikan dos penggalak kedua.

Ini berdasarkan satu kajian Universiti Yale yang mendapati mereka yang divaksinasi dengan cara ini mempunyai tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron.

"Kita telah menerima berita tersebut. Kumpulan teknikal sedang kaji maklumat yang telah diperolehi dan mereka akan membuat syor kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) sama ada mereka yang menerima dua dos Sinovac dan satu dos penggalak Pfizer mesti dilengkapi dengan satu dos lagi (Pfizer).

"Tetapi terlalu awal utk membuat apa-apa kesimpulan," katanya pada sidang media pagi ini.

Reuters melaporkan hari ini mengenai kajian yang mendapati penerima Sinovac yang dengan dos penggalak Pfizer menghasilkan tindak balas antibodi terhadap Omicron yang serupa dengan mereka yang menerima vaksin mRNA dua dos tanpa penggalak.

Kajian itu dibuat oleh penyelidik Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican dan institusi lain yang tidak dinamakan

Minggu lalu, Reuters melaporkan mengenai kajian dari Hong Kong yang mendapati bahawa tiga dos Sinovac sekalipun tidak menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk mencegah Omicron.

-Awani