Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ADUN Perak direman, positif dadah dalam serbuan kelab malam


BUKIT MERTAJAM: Seorang ADUN Perak ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah kelab malam di Perai, malam tadi.

Sumber polis berkata, ADUN berkenaan ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu semasa serbuan di kelab karaoke di Megamall Perai.

Difahamkan, ADUN itu dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk polis memohon perintah reman.

Keputusan prosiding reman masih belum diketahui, namun difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

FMT menghubungi Polis Seberang Perai Tengah untuk mendapatkan komen.

[maklumat lanjut menyusul]