Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jika lockdown lagi, jangan pukul rata laksana satu negara -Najib



ULASAN: Seperti yang saya kata sebelum ini, pada masa kita waspada, kita juga jangan terlalu menakut-nakutkan diri sehingga lebih banyak lagi maklumat berhubung varian ini diketahui.

Kita jangan panik sebab kerajaan sudah pun mengambil langkah pantas untuk sekat pelawat dari negara-negara yang terbabit sebaik sahaja WHO isytiharkan varian Omicron sebagai "variant of concern".

Ada juga laporan-laporan awal yang kata walaupun varian Omicron ini boleh menular dengan kadar lebih laju berbanding varian Delta tetapi mereka yang dijangkit Omicron hanya mempunyai gejala ringan sahaja dan sembuh dengan kadar laju.

Harap ini akan dapat disahkan komuniti perubatan dunia pada minggu-minggu mendatang.

Tapi tidak salah untuk kita mulakan kerja meningkatkan kapasiti perubatan, ambulans, fasiliti kuarantin, stok perubatan, PPE dan lain-lain sebagai langkah persediaan.

Tidak salah juga bagi Rakyat Malaysia lebih menerima dos penggalak sebagai langkah pencegahan.
Pada ketika ini, dos penggalak merupakan satu-satunya cara untuk kita lebih selamat bagi menghadapi varian Omicron.

Saya sendiri sudah menerima dos ketiga ini dengan selamat sebulan dahulu. Tetap cergas dan sihat.

Dan sekiranya angka jangkitan baharu Covid menaik semula, saya cadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima hingga tujuh hari di peringkat negeri yang mencatatkan kadar penggunaan katil ICU yang tinggi dan bukan pukul rata bagi seluruh negara.

Sebab ekonomi dan kehidupan Rakyat tidak akan bertahan lagi sekiranya darurat serta lockdown PKP separuh masak yang berbulan-bulan lamanya dilaksanakan lagi seperti bawah kerajaan PN dahulu.
Mari kita sama-sama doakan perlindungan yang terbaik bagi Malaysia.

sumber: Facebook Najib Razak