Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

299 orang ditahan, sertai parti berbikini di kolam renang



KUALA LUMPUR: Seramai 189 lelaki dan 110 wanita ditahan selepas terbabit dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini, malam tadi.

Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Dalam serbuan jam 10.50 malam tadi, sebahagian wanita berbikini sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur.

Daripada keseluruhan yang ditahan seramai 158 lelaki dan 55 wanita warga asing bersama 31 lelaki dan 55 wanita tempatan terbabit dalam aktiviti parti liar yang bermula jam 4 petang tadi.

Difahamkan, ketika ini, polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur sedang menjalankan ujian air kencing bagi memastikan semua individu yang menyertai parti ini terbabit dalam dadah atau sebaliknya.

Setiap individu dipercayai dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk menyertai parti liar yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan menyediakan minuman keras dan makanan ringan.