Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakyat akan hukum mereka yang enggan kerjasama dengan Bersatu -Azmin



Rakyat akan jatuhkan hukuman terhadap mereka yang enggan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Memetik laporan Malaysiakini, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, gabungan itu menganjurkan perpaduan dan kerjasama demi rakyat dan kepentingan negeri Melaka.

"Rakyat akan jatuhkan hukuman terhadap mereka yang enggan kerjasama dengan Bersatu"

“Itu pilihan mereka (enggan berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Biarlah rakyat membuat penghakiman tentang sikap dan kenyataan pihak-pihak yang tidak mahu bekerjasama.”

Ujar Azmin lagi, PN sentiasa mengambil sikap terbuka dan bertanggungjawab untuk mengadakan rundingan kerjasama, khususnya dengan parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Namun, seperti yang saya tegaskan juga…sebagai sebuah parti politik kita harus membuat persiapan di peringkat akar umbi khususnya pembahagian kerusi, penentuan calon dan jentera pilihan raya.

“Perkara ini perlu diperkemaskan seberapa segera yang boleh supaya jentera kita dapat bertindak dengan lebih efektif dan berkesan serta jangan sampai tindakan kita itu menyebabkan rakyat keliru tentang hala tuju, masa depan negara dan negeri,” katanya.

-GemilangDaily