Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Proses ganti kereta Menteri kepada Vellfire dibuat sejak April 2021 -Zafrul




Hari ini Dewan Rakyat didedahkan dengan jawapan bertulis Menteri Kewangan yang mengaku bahawa kerajaan telah memulakan proses menukar kereta rasmi baharu pada April tahun ini iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjawat jawatan Perdana Menteri. 

Bukan calang-calang kereta yang ditukar, kereta yang menjadi pilihan kerajaan ialah Toyota Vellfire 2.5L.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengaku bahawa kerajaan dalam proses menggantikan Proton Perdana kepada Toyota Vellfire sebagai kereta rasmi menteri-menteri.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menteri kewangan menyatakan perbelanjaan Kerajaan menyediakan kereta rasmi Vellfire kepada Menteri-menteri sejak Mac 2020 hingga sekarang.

“Berapa jumlah perbelanjaan sewaan sesebuah kereta Vellfire daripada syarikat konsesi Spanco sebulan?,” soal pemimpin PKR itu.

“Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah memulakan proses penggantian Kereta Rasmi Jawatan bagi Menteri-Menteri Persekutuan daripada model Proton Perdana 2.4L kepada Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021,” kata menteri kewangan.

Menurutnya, kerajaan membayar kos pajakan bulanan Toyota Vellfire 2.5L sebanyak RM5,759.35.

Katanya, kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 dan kos selenggaraan bulanan RM907.74.

“Sehingga September 2021, Kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada Syarikat Konsesi,” katanya lagi.

-TunCarlos.com