Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Sarawak 18 Disember, kata SPR


KUCHING: Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan tarikh penting PRN-12 itu, selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini hari ini.

SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lalu berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Januari sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan COVID-19.

Pada 3 November lalu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan dan ini memberi laluan kepada PRN negeri itu.

-BHonline