Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Polis hanya tahu dana 1MDB disalur kepada suami Zeti pada 2019' -Menteri



KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, polis hanya tahu dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2019.

Katanya, perkara itu tidak diketahui pihak berkuasa sebelum itu.

“Jadi, semenjak itu polis telah mengambil alih untuk menyiasat semua penama yang disebut oleh YB Baling tadi.

“Siasatan polis masih dijalankan. Jadi kita kena tunggulah hasil penyiasatan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim membangkitkan isu itu dua kali hari ini, susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik Tawfiq Ayman.

Suami Zeti, Tawfiq Ayman mendapat perhatian pihak berkuasa ekoran dakwaan wang 1MDB dipindahkan ke sebuah firma yang berpusat di Singapura yang dikendalikan oleh dia dan anaknya, antara 2008 dan 2009.

The Edge melaporkan sejumlah AS$16.22 juta dikatakan telah disalurkan ke sebuah firma Singapura, Iron Rhapsody Ltd.

Laporan itu menyatakan bahawa polis Singapura telah memberitahu Bank Negara pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan tersebut.

Zeti masih menjadi gabenor Bank Negara pada masa itu.

Dana AS$16.22 juta itu dilaporkan berasal dari syarikat dan akaun bank Jho Low, individu yang dianggap sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB.

Bekas Perdana Menteri ke 7,  Dr Mahathir Mohamad mengaku yang dia tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1MDB ketika dia melantik Zeti ke dalam Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 2018. 

-FMT/TunCarlos