Peniaga ikan siakap viral berdepan denda RM50,000 dari KPDNHEP



Ingat lagi tak dengan isu viral ikan siakap yang dicaj dengan harga melebihi RM1,000 di sebuah restoran dekat Langkawi?

Menurut Harian Metro, peniaga siakap di Langkawi, Kedah itu telah didapati gagal mengemukakan dokuman perniagaan lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Oleh itu, peniaga terbabit kemungkinan didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga itu didapati gagal kemuka dokumen perniagaan lengkap yang dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
 
Tiada bukti kukuh harga jualan ikan siakap tak berubah sejak 3 tahun lalu

Menurut Rosol, tindakan dikenakan berikutan kegagalan peniaga menyelenggara dan menyimpan rekod yang wajar. Mengikut akta, hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

“Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan,” katanya.

Golongan peniaga dinasihatkan untuk sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuklah resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya ada isu berbangkit.

Sebelum ini, tular di media sosial sekumpulan individu terkejut selepas terpaksa membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat 7 kg di restoran tersebut.

-LobakMerah

Join our Telegram Channel
Telegram


Peniaga ikan siakap viral berdepan denda RM50,000 dari KPDNHEP Peniaga ikan siakap viral berdepan denda RM50,000 dari KPDNHEP Reviewed by Tun Carlos on November 22, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.