Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib Razak buat laporan polis di IPD Dang Wangi



27 November: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat satu laporan polis.

Beliau hadir di IPD sekitar jam 11 pagi dan keluar pada jam 12.45 tangah hari.

Menurut beliau, laporan polis itu dibuat terhadap satu kenyataan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai baki RM65 juta yang dilaporkan ada kaitan dengan Jho Low dan 1MDB dalam akaun bank milik keluarga terdekat bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz telah dipulangkan kepada kerajaan Melaysia oleh pihak berkuasa Singapura.

Laporan juga mengatakan kira-kira sejumlah RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank berkait dengan bekas Gabenor Bank Negara sejak 2013 hingga 2017.

"Tiada siapa yang lebih kecewa daripada saya kerana tiada agensi siasatan pada ketika itu pernah mendedahkan kepada saya tentang kaitan keluarga bekas Gabenor Bank Negara dengan Jho Low dan  saya mempercayai beliau sebagai Gabenor ketika saya menjawat jawatan Perdana Menteri" ujar Najib.

[maklumat lanjut menyusul]

Berikut adalah kenyataan media beliau:


-TunCarlos