Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Letak jawatan selaku Ketua Pembangkang, itu cuma pandangan -Anwar



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bersedia memikul tanggungjawab di atas kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Anwar yang juga Pengerusi PH, berkata sebagai ketua dalam gabungan itu, beliau menerima kekalahan PH termasuk kegagalan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negari (ADUN) UMNO menang dalam PRN Melaka lalu.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan berkata beliau sedia menerima kritikan termasuk desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH.

“Masalahnya sebagai ketua (PH) saya kena pikul tanggungjawab. Kadang-kadang bila buat begitu tak diceritakan perkara sebenar.

Anwar didedak melepaskan jawatan selaku Ketua Pembangkang selepas gabungan PH hanya menang enam kerusi dalam PRN Melaka Sabtu lalu.

“Itu (cuma) pandanganlah, kita teliti juga tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh, jadi menimbulkan reaksi yang tidak baik dalam kalangan ahli lain.

“Jadi itu yang kita kena jaga, kita (Lee Chin Chen) tahu sikit sahaja terus buat rumusan, (dia) patut lihat semua aspek kerana ia (PRN Melaka) tak semudah itu. Kita jumpa di kampung macam mana pandangan orang lain, masyarakat Cina India dan Melayu di mana ada beberapa kegelisahan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku ‘Jejak-jejak Pencerahan Umat’ nukilan Datuk Dr Muhammad Nor Manuty di sebuah hotel di Bangi, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau bersedia melepaskan jawatan selaku Ketua Pembangkang selepas gabungan PH hanya menang enam kerusi dalam PRN Melaka di mana lima dimenangi oleh DAP dan satu Amanah, manakala PKR kalah semua kerusi ditandingi mereka.

Berikutan itu, Anwar berpandangan, gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen supaya beliau mengundurkan diri daripada jawatan Ketua Pembangkang hanyalah bersifat peribadi tidak mewakili DAP.

Justeru, Anwar mahu individu-individu yang mendesaknya meletakkan jawatan mencari punca sebenar kenapa PH menerima dua bekas wakil rakyat UMNO menjadi calon bagi gabungan itu. 

-BBC