Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki maut digilis lori selepas bunuh ibu kandung


GURUN: Seorang wanita warga emas maut akibat dikelar anak kandungnya sendiri dalam kejadian di Kampung Jeniang di Batu 5 Jalan Gurun-Jeniang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Sarah Jon, 70, dipercayai dikelar pada leher dengan senjata dipercayai pisau yang tumpul oleh anak lelaki berusia 31 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut.

Suspek yang dipercayai penagih dadah dan mempunyai rekod sakit mental kemudian melarikan diri sebelum maut dalam kemalangan di Jalan Gurun-Jeniang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Lelaki terbabit dikatakan meletakkan motosikalnya di tepi jalan sebelum menerpa ke tengah jalan dan digilis sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher sepanjang kira-kira 12.7 sentimeter selain kecederaan akibat mempertahankan diri pada tangan kanan dan telinga kiri.

“Pemeriksaan di dalam rumah mendapati tiada kesan pecah masuk selain menemui sejumlah dadah dan beberapa peralatan menghisap dadah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

Katanya, semakan lanjut mendapati berlaku kemalangan maut kira-kira pukul 7.30 pagi kira-kira 1 km dari lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.

“Mangsa dipercayai suspek dalam kes bunuh ini yang mana dia dipercayai meletakkan motor di tepi jalan dan menerpa ke tengah jalan sebelum dirempuh lori yang mana sebahagian badan mangsa hancur,” tambahnya.

- K! ONLINE