Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dah dua kali pilihanraya UMNO tak bagi berundur, kali ini mungkin berlaku -Ku Li



PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkemungkinan berundur daripada arena politik selepas tidak menolak untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memetik laporan FMT, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau mahu menamatkan kerjaya politiknya usianya yang semakin meningkat, namun keputusan itu tetap bergantung kepada pimpinan tertinggi partinya.

“Saya agak tua sekarang. Sebenarnya bukan ‘agak’, saya dah tua. 

“Saya sudah banyak kali cakap perkara ini. Dua pilihan raya lalu (PRU-13 dan PRU-14) saya juga cakap jangan pilih saya, tetapi saya rasa kali ini ia akan berlaku. Ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

“Masalah saya ialah jika saya menarik diri, kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Itu alasan yang diberikan kepada saya sebelum ini, itu sebabnya saya perlu bertanding pada dua PRU lepas,” katanya.

Terdahulu, Ku Li mula menjadi wakil rakyat pada tahun 1969 di kerusi Dewan Undangan Negeri Ulu Kelantan Barat. 

Pada 1974, beliau memenangi kerusi Parlimen Ulu Kelantan, yang kemudiannya dinamakan sebagai Gua Musang dan menjadi wakil rakyat di Parlimen itu selama 11 penggal sehingga kini. 

Menurut Ku Li, beliau bagaimanapun tidak menolak ramai individu lain yang berkemungkinan berebut untuk bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang itu berikutan dianggap sebagai kerusi selamat buat UMNO. 

Namun katanya, tiada mana-mana kerusi Parlimen yang boleh dianggap selamat termasuk kerusi Parlimen Gua Musang itu yang hanya boleh dilihat selamat untuk UMNO atas beberapa faktor. 

“Sebenarnya, tiada kerusi yang selamat, melainkan anda mempunyai orang berpengaruh, strategi boleh diterima dan dilaksanakan, serta anda mempunyai sokongan kukuh untuk meningkatkan undi anda pada PRU.

“Tanpa itu dan perpaduan, saya rasa anda tidak boleh kata kawasan anda selamat,” jelasnya. 

– UTUSAN