Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita terjun dari tingkat 13 tinggal nota dermakan organ kepada keluarga


BUTTERWORTH: Seorang wanita yang difahamkan mengalami kemurungan ditemukan mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri, di sini pagi ini. 

Difahamkan, mangsa berusia 46 tahun itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan kecederaan parah pada bahagian kepala  kira-kira pukul 7 pagi di atas lantai tingkat bawah. 

Turut ditemukan di tempat mangsa terjatuh adalah sepasang selipar dan cermin mata. 

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, wanita itu mengalami kemurungan dan sedang dalam rawatan serta bergantung dengan ubat-ubatan. 

“Dia tinggal dengan keluarga di tingkat lima dan kejadian berlaku ketika semua ahli keluarga sedang tidur. 

“Dia turut meninggalkan nota di dalam bilik menyatakan mahu pergi jauh. Jika mati, organnya boleh diberikan kepada ahli keluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Difahamkan, mangsa tidak bekerja sejak kira-kira dua tahun lalu dan telah bercerai. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian. 

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

– UTUSAN ONLINE