PETALING JAYA: Pilihan raya negeri (PRN) Melaka ditetapkan pada 20 Nov dengan pengundian awal 16 Nov, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hari penamaan calon adalah pada 8 Nov.
Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata sebanyak 28 pegawai akan dilantik bagi memantau keadaan semasa pandemik Covid-19 sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
DUN Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat ADUN termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti.
-FMT