Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

JPJ Kelantan lelong kereta serendah RM120


KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong 75 buah kenderaan yang telah dilucut hak pada harga serendah RM120 sehingga RM11,800 bermula 11 hingga 18 Julai ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tawaran sebut harga bagi kesemua kenderaan itu dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19.

“Kaedah ini berbeza dengan lelongan awam apabila mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyatakan sebut harga dan semua akan dijalankan secara dalam talian.

“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang bermula pada harga RM120 sehingga RM11,800,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Keterangan lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial

 – K! ONLINE