Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Boss LHDN letak jawatan?



PETALING JAYA: CEO Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sabin Samitah, dikatakan sudah meletak jawatan, menurut sumber.

Sumber mendakwa hari terakhir Sabin pada Jumaat ini. Menurut portal FMT, mereka  sedang mendapatkan komen dari beliau.

“Beliau sudah maklumkan peletakan jawatannya kepada pengurusan kanan LHDN.”

Alasan di sebalik peletakan jawatan yang didakwa itu belum jelas, namun ia berlatarkan dakwaan salah guna kuasa terhadap LHDN mutakhir ini.

Bekas perdana menteri Najib Razak membuat laporan polis terhadap beberapa pegawai LHDN, dengan mengemukakan keterangan mengenai beberapa individu yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan memalsukan dokumen dalam kes cukai.

-FMT