Terima kasih kepada semua pemberi maklumat di LHDN, kata Najib



KENYATAAN DS NAJIB:

Alhamdulillah....

Ini kenyataan pengarah Bukit Aman petang tadi berhubung laporan polis saya terhadap LHDN.
Kes ini disiasat bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan bagi maksud menipu.

Maka, jawablah sesiapa yang arahkan untuk menghasilkan taksiran penalti cukai saya yang sengaja disalah kira untuk kenakan saya.

Jawablah kenapa wang disebut sebagai RM2.6b yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian diambil kira sebagai pendapatan.

Jawablah kenapa dana yang dipindah dari satu akaun atas nama saya ke akaun atas nama saya yang lain (dalam bank yang sama) turut diambil kira sebagai pendapatan.

Jawablah kenapa dana yang diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun saya diambil kira sebagai pendapatan sedangkan segala hasil yang diperolehi dari sumber luar negara sudahpun dikecualikan cukai sejak tahun 2004 dan kenapa ianya masih dikira sebagai pendapatan sedangkan segala dana yang saya terima telahpun digunakan untuk kerja CSR, kebajikan dan politik yang sepatutnya ditolak dari cukai.

Dan jawablah sesiapa yang tidak berikan peluang untuk saya membawa kes saya ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan pengiraan taksiran cukai tetapi mereka lebih rela untuk bankrapkan saya serta merta untuk putuskan riwayat politik saya.

Terima kasih atas pemberi-pemberi maklumat yang ingin mempertahankan keadilan sebab memberitahu saya bahawa kes cukai saya sebenarnya telah disiasat 3 kali oleh LHDN dan setiap kali, keputusannya sebenarnya bahawa tiada penalti cukai patut dikenakan atas dana-dana tersebut.

Tetapi ahli-ahli politik telah campur tangan untuk arahkan saya dikenakan penalti cukau tidak munasabah sebanyak RM1.7 bilion dengan menyalah gunakan kuasa "bayar dulu, bincang kemudian" undang-undang cukai.

Saya difahamkan bahawa siasatan sudah bermula dan beberapa saksi telah dipanggil.

Saya berharap pihak polis akan menyiasat secara adil dan menyeluruh agar dalang-dalang tertentu dapat dikenal pasti dan dihukum.

-FB Najib Razak

Join our Telegram Channel
Telegram


Terima kasih kepada semua pemberi maklumat di LHDN, kata Najib Terima kasih kepada semua pemberi maklumat di LHDN, kata Najib Reviewed by Tun Carlos on September 22, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.