Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak sesuai kurung rakyat, kata PM



PETALING JAYA: Tidak sesuai untuk kerajaan melaksanakan langkah mengurung rakyat pada masa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan mental.

Kata beliau, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada pembukaan sektor ekonomi bagi membantu mengimbangi kehidupan sosial dan ekonomi rakyat.

“Keputusan pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) wajar, berikutan peratusan penerima vaksinasi yang tinggi dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Selain itu, sektor-sektor ini dibuka dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang divaksin lengkap  untuk masuk membuat urus niaga atau mendapatkan perkhidmatan,”katanya ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Sharif yang mahu penjelasan tentang kewajaran pembukaan 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa1 PPN ketika kes jangkitan harian masih tinggi dalam sesi Persidangan Dewan Rakyat.

 – UTUSAN ONLINE