Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sendiket judi, ahlong dan bitcoin: Pasangan suami isteri didakwa di mahkamah

Kenderaan mewah yang dirampas dan disita oleh polis selepas tertangkapnyta Dato Ken dan isterinya pada Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang  jutawan dikenali sebagai ‘Dato Ken’ yang pernah ditangkap sebelum ini selepas didapati menjadi dalang judi online, perlombongan bitcoin dan syarikat pinjaman wang tanpa lesen akan didakwa di Mahkamah Selayang esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berumur 40 tahun itu akan didakwa bersama isterinya selepas polis berjaya mendapatkan kebenaran daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam kes ini.

“Kita akan membawa kedua-dua suspek ke Mahkamah Majistret Selayang, Gombak pada hari esok bersamaan 17 September 2021 jam 9.30 pagi untuk pertuduhan.

“‘Dato Ken’ akan berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1952 manakala isterinya akan menghadapi satu pertuduhan juga di bawah seksyen yang sama,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya.

Pada 14 Ogos yang lalu sindiket ‘Dato Ken’ yang berkenaan berjaya ditumpaskan polis.

Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan haram lelaki yang berpendapatan jutaan ringgit termasuk memiliki 14 unit kereta mewah dan 14 rumah banglo akhirnya terbongkar.

-MalaysiaGazette