Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selebriti Zarina Anjoulie didakwa kes dadah



SEREMBAN: Selebriti sensasi tanah air yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, Jun lalu.

Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, Zarina yang hadir ke mahkamah memakai hijab dan jubah berwarna merah jambu didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, mahkamah membenarkan Zarina yang diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar diikat jamin sebanyak RM2,000.

Kes akan disebut semula pada 24 September ini.

Pada 29 Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang selebriti tanah air ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini.

Suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam. 

– UTUSAN ONLINE