Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelukis Upin Ipin meninggal dunia



PELUKIS papan cerita untuk animasi Upin Ipin, Allahyarham Fairul Haida Abdul Rahim telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 20 Jun lalu. 

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh syarikat Les’ Copaque yang menerbitkan Upin Ipin menerusi laman Facebook mereka.



BERITA mengejutkan tentang kemalangan Fairul dikongsi menerusi Facebook Les’ Copaque

Dalam Facebook seorang rakan Allahyarham  telah memaklumkan bahawa Fairul sedang dalam perjalanan menuju ke  utara berdasarkan status yang dimuat naik arwah di Facebooknya.

Menurut rakannya lagi, Fairul sedang dalam perjalanan untuk bertemu keluarganya  di kampung dan hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia kemalangan ketika memandu kereta sendirian menuju ke kampung.

Rata-rata warganet di Facebook Les’ Copaque meluahkan rasa sedih atas pemergian orang kuat di sebalik jalan cerita Upin Ipin.

Mereka mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Fairul dicucuri rahmat. 

Sumber: Facebook Les’ Copaque Sdn.Bhd