Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki terdampar atas batu dekat Lumut cetus misteri



Lumut: Lelaki ditemukan terdampar di atas batu dalam keadaan lemah dan separuh sedar di Teluk Dalam, Pulau Pangkor, di sini, kelmarin dikatakan enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk maklumat lanjut.

Susulan itu, punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Lelaki berusia 43 tahun berkenaan berada dalam keadaan emosi tidak stabil serta enggan memberi kerjasama apabila ditanya mengenai kejadian itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya membantu daripada segi perubatan memandangkan mangsa dalam keadaan separuh sedar.

"Lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk rawatan dan dia dibenarkan keluar dari hospital.



"Bagaimanapun, punca kejadian sedang dikenal pasti, setakat ini kita cuma dapat maklumat mangsa berada dalam emosi kurang stabil dan enggan memberi kerjasama (ketika ditanya punca kejadian)," katanya di sini, semalam.

Laporan polis dibuat atas alasan membantu mangsa di perairan Pulau Pangkor dengan kes diklasifikasikan sebagai bantuan pemindahan perubatan.

Semalam, Harian Metro melaporkan, seorang lelaki ditemukan terdampar di atas batu dalam keadaan lemah dan separuh sedar di Teluk Dalam.

Shahrizan dilaporkan berkata, bantuan pemindahan dan perubatan (Medevac) dilakukan anggota bot Benteng 6 selepas menerima aduan orang awam pada 1.10 tengah hari.

- Harian Metro