Lelaki di Tawau maut dihempap kayu balak (video)



TAWAU: Seorang lelaki maut dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan lori yang membawa muatan itu di Kampung Kalabakan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Musa Baco Tang, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di premis berkenaan dikatakan sedang membuka ikatan di lori itu.

Bagaimanapun, sebatang kayu balak dari atas lori itu tiba-tiba tergolek dan menghempap mangsa yang tidak sempat melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas mengesahkan kejadian itu dan laporan sudah diterima untuk tindakan lanjut.

Katanya, kemalangan itu menjadi perhatian ramai selepas rakaman video yang dipercayai diambil rakan sekerja mangsa tular di media sosial.

Rakaman selama 12 minit itu menunjukkan sebuah jentera berat sedang mengalihkan kayu balak yang menghempap mangsa.

“Hujung minggu, hujung minggu. Astaghfirullahalazim Ya Allah Astaghfirullahalazim,” Itu yang kedengaran dalam rakaman menunjukkan kejadian ngeri itu.

-FMT

Join our Telegram Channel
Telegram


Lelaki di Tawau maut dihempap kayu balak (video) Lelaki di Tawau maut dihempap kayu balak (video) Reviewed by Tun Carlos on September 14, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.