Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fakta menakutkan, 9 daripada 10 remaja perempuan 'bermasalah' ketagihan seks -Polis



Kuala Lumpur, 26 September 2021 - Pendedahan menakutkan dan pastinya menggerunkan golongan ibu bapa yang memiliki anak perempuan.

Ia hasil kajian sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, Pegawai Psikologi D11 sedang menyiapkan kajian berkaitan isu itu membabitkan ribuan golongan remaja wanita yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
 
Menurutnya, pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.

"Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.

"Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi. 

"Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.

"Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya.

"Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka," katanya eksklusif kepada Harian Metro.

-HarianMetro