Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tengku Razaleigh calon PM terbaik dihormati semua parti, kata pakar USM


PETALING JAYA – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah merupakan calon terbaik bagi menggantikan jawatan Perdana Menteri selepas perletakan jawatan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid menyifatkan veteran UMNO tersebut adalah pilihan tepat bagi menggantikan Presiden Bersatu itu yang telah hilang majoriti.

“Bagi saya Ku Li adalah calon tepat kerana kepimpinan beliau dalam UMNO selama ini telah terbukti. Beliau juga dikenali ramai terutamanya di peringkat antarabangsa setaraf bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


“Paling penting, beliau juga dihormati oleh semua parti termasuk DAP dan PKR kerana kewibawaan beliau dalam politik selama ini. Ku Li juga di dalam UMNO adalah individu paling bersih tidak seperti Ahli Parlimen yang lain,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.

Jika dihitung berkenaan umur Ku Li yang menginjak 84 tahun ketika ini, jelas Fauzi faktor umur tidak timbul dan tidak perlu dibahas. Malaysia katanya sebelum ini pernah melantik kembali Mahathir pada usia 92 tahun.

 – K! ONLINE