Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki maut kena 4 tembakan ketika memandu dekat Sg Buloh


SUNGAI BULOH – Seorang lelaki maut ditembak ketika memandu kereta jenis Range Rover di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, Bilik Gerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerima panggilan Merss 999 kira-kira pukul 1.30 tengah hari memaklumkan seorang lelaki telah ditembak.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 42 tahun itu ditembak ketika sedang memandu kereta jenis Range Rover berwarna merah.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa telah ditembak sebanyak empat das.


“Mangsa yang cederaa parah telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pukul 2.15 petang,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan boleh menghubungi polis ditalian 03- 61561222 bagi membantu siasatan. 






– K! ONLINE