Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis nafi aktivis wanita dipaksa bogel ketika dalam tahanan lokap



PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan seorang aktivis dipaksa bogel dan membuka pakaian dalam ketika berada dalam pusat tahanan.

Dakwaan seorang aktivis dikatakan ‘dipaksa bogel, buka pakaian dalam’ ketika Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penahanan wanita berusia 20 tahun itu adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lokap.

Katanya, aktivis itu ditahan bersabit akaun Twitter MISI, solidariti dikendalikannya di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan ditempatkan di lokap Jinjang pada pukul 7 malam, Khamis lalu.

Ujar beliau, sebelum dimasukkan ke dalam sel lokap, setiap tahanan akan dibawa ke dalam bilik khas untuk diperiksa oleh petugas lokap yang mana untuk kes ini adalah anggota lokap wanita bagi memastikan tiada sebarang kecederaan fizikal serta tiada barang salah dibawa masuk.


“Seterusnya dia telah menukar pakaiannya kepada pakaian lokap berwarna ungu malah proses ini dilakukan di dalam bilik khas yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.

“Proses penempatan beliau ke dalam lokap adalah menepati prosedur yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Lokap 1953 (L.N.328/1953) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A118,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, sepanjang penahanannya di dalam lokap, SOP lokap dipatuhi sepenuhnya.

Jelas beliau, sel lokap beliau hanya ditempatkan petugas dan tahanan wanita sahaja.

“Petugas atau tahanan lelaki adalah tidak dibenarkan lalu atau masuk ke kawasan tersebut sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis 12.30 tenga malam, 30 Julai.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegusaran,” ujarnya. 

Kenyataan aktivis di twitter:




– UTUSAN